28 Februari 2016

Yayasan Cemerlang menjemput pelajar yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bagi menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

Anugerah biasiswa ini membolehkan calon yang terpilih mendapat peluang untuk membangunkan potensi penuh mereka, memenuhi aspirasi dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

Dana biasiswa ini diusahakan atas misi berterusan perkongsian strategik antara sektor awam dan swasta untuk mengiktiraf kecemerlangan akademik. Ia bertujuan untuk memupuk potensi golongan muda Malaysia bagi membolehkan mereka melanjutkan pendidikan yang berkualiti di universiti tempatan.

Tarikh tutup: 31 Mac 2016 (Khamis)
Biasiswa Sarjana Pentadbiran Perniagaan Yayasan Cemerlang 88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2015/2016

Syarat Kelayakan Memohon Biasiswa Sarjana Pentadbiran Perniagaan:

  • Warganegara Malaysia;
  • PNGK sekurang-kurangnya 3.00 dari universiti yang diiktiraf;
  • Rekod terbukti dalam aktiviti ko-kurikulum dan / atau khidmat masyarakat;
  • Bukti komunikasi interpersonal dan kualiti kepimpinan yang baik;
  • Tiada bantuan kewangan daripada agensi-agensi lain.

Bidang Pilihan:

  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kepimpinan)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Perkhidmatan)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Runcit & Pasar Raya Besar)
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam Global)

Cara Memohon Biasiswa Pentadbiran Perniagaan MBA:

1. Baca syarat dan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan;
2. Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Sarjana Pentadbiran Perniagaan Yayasan Cemerlang;
3. Ikut arahan di dalam borang permohonan dan hantar melalui pos ke alamat berikut:

Yayasan Cemerlang
c/o Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK),
Level 18, Jalan Tangsi,
50480 Kuala Lumpur


Butiran Pembiayaan Biasiswa Sarjana Yayasan Cemerlang:

Penerima biasiswa ini akan mendapat sama ada SATU daripada yang berikut:
  • Biasiswa penuh: meliputi tuisyen, perbelanjaan sara hidup dan pengecualian sepenuhnya ke atas semua yuran pendaftaran dan tahunan, ATAU
  • Dermasiswa: meliputi yuran pengajian sahaja.
Biasiswa ini tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditebus untuk wang tunai.

Untuk maklumat lanjut, sila baca Terma dan Syarat Kelayakan atau emelkan pertanyaan anda ke trsf@yayasancemerlang.org.my.



Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Sarjana Pentadbiran Perniagaan Yayasan Cemerlang 2016 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com