29 Februari 2016

Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditawarkan kepada pelajar dengan pencapaian akademik yang cemerlang dalam SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi bukan sahaja di universiti awam dan swasta yang terpilih, tetapi juga di universiti-universiti terkenal di luar negara, khususnya di United Kingdom dan Australia.

Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB ditawarkan untuk bidang yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan PNB seperti perakaunan, kewangan, undang-undang, matematik, sains aktuari dan kejuruteraan. Pelajar-pelajar yang terpilih perlu menjalani program A-Level selama dua tahun.

Closing Date: 18 Mac 2016
Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB) Overseas Scholarship
88 Biasiswa Malaysia & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2014

Bidang Tajaan Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB):

  • Ekonomi;
  • Hartanah;
  • Kejuruteraan Alam Sekitar (Green Engineering);
  • Matematik dan Ekonomi;
  • Matematik dan Statistik;
  • Matematik dan Statistik (Kewangan);
  • Pengurusan hospitaliti;
  • Pengurusan Risiko;
  • Penulisan Kreatif;
  • Perakaunan;
  • Kewangan;
  • Sains Aktuari;
  • Teknologi Maklumat;
  • Undang-undang.

Syarat Kelayakan Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB):

  • Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam SPM 2015;
  • Memperoleh minimum gred 2A bagi subjek Bahasa Inggeris GCE-O SPM 2015;
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2016;
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan, kualiti kepimpinan dan semangat kerja berpasukan yang tinggi;
  • Mempunyai kemahiran sosial dan komunikasi yang cemerlang; dan
  • Tiada keluarga terdekat yang pernah atau sedang menerima mana-mana Anugerah Biasiswa daripada PNB.

Cara Memohon Biasiswa PNB:


  • Muat turun Borang Permohonan Biasiswa Luar Negara PNB 2016;
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke:

  • Jabatan Pembangunan Pendidikan
    Permodalan Malaysia Berhad (PNB)
    Tingkat 38, Menara PNB
    201-A, Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipertimbangkan untuk peringkat seterusnya. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Sebarang keputusan PNB berkaitan permohonan biasiswa ini adalah muktamad.


Sumber: PNB

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Luar Negara Permodalan Nasional Berhad (PNB) 2016 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

0 komen:

Catat Ulasan

 
My Ping in TotalPing.com