ads

Style2

Style3[OneLeft]

Style3[OneRight]

Style4

Style5

Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad 2015

Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad ditawarkan setiap tahun untuk memberi peluang pendidikan kepada generasi pelapis bangsa dan membina masa hadapan yang lebih baik untuk pelajar Malaysia yang berkelayakan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Tawaran biasiswa oleh Putrajaya Perdana Berhad ini merangkumi bidang pengajian berikut:
  • Kejuruteraan Sivil / Struktur;
  • Kejuruteraan Elektrikal / Mekanikal;
  • Ukur Bahan;
  • Pengurusan Bangunan / Pembinaan.

Tarikh tutup: 29 Mei 2015
Tawaran Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad 2015 | Scholarship

Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak membuat permohonan Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berusia di antara 19 - 25 tahun;
  • Pemohon mestilah merupakan pelajar sepenuh masa di universiti atau kolej tempatan;
  • Telah mendapat ATAU sedang memohon untuk menyambung pengajian di universiti awam / swasta dan kolej dalam negara (bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda yang baru, sila emelkan surat penerimaan sebaik sahaja anda mendapatkannya);
  • Keputusan SPM / STPM / Diploma dan Matrikulasi (PNGK minimum 3.0) atau mana-mana keputusan berkaitan;
  • Tidak menerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi lain.
Cara Memohon:
  • Semua permohonan Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad 2013 hendaklah dibuat secara atas talian (online) di PAUTAN ini;
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 29 Mei 2015;
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh berhubung melalui butiran berikut:

Corporate Communications Department
PUTRAJAYA PERDANA BERHAD (465327-P)
3rd Floor, No. 5 Jalan P16, Precinct 16, 62150 Putrajaya
Tel: 03-8886 8830 | Fax: 03-8889 5668

Laman Web: www.p-perdana.com
Emel: thean@p-perdana.com
Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temuduga.


Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Anak-anak Negeri Perak 2013

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Anak-anak Negeri Perak 2013 ditawarkan kepada warganegara Malaysia peranakan Perak yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di IPTA/IPTS yang terpilih.

Sila maklum bahawa tajaan pinjaman ini hanya untuk program Diploma, Ijazah, Sarjana dan Ph.D sepenuh masa sahaja.

Tarikh tutup: 31 Julai 2013
Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Anak-anak Negeri Perak 2013 | Scholarships

Syarat Kelayakan:
  • Pemohon dan ibu atau bapa/penjaga mestilah Warganegara Malaysia dan anak jati Perak; ATAU
  • Pemohon dan ibu atau /penjaga Warganegara Malaysia, tetapi bukan anak jati Perak mestilah telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun; ATAU
  • Pemohon dan ibu atau bapa/penjaga Warganegara Malaysia, tetapi beralamat di luar Negeri mestilah telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit dalam subjek Bahasa Melayu;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 ke atas bagi pemohon-pemohon yang sedang melanjutkan pengajian;
  • Telah mendapat tawaran masuk ke universiti / kolej dengan MOD PENGAJIAN SEPENUH MASA (Diploma, Ijazah, Sarjana dan Ph.D sahaja);
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun;
  • Tiada penaja lain;
  • Tawaran adalah sah kepada senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) yang ditaja Kerajaan Negeri Perak sahaja.
Cara Memohon:
  • Semua permohonan hendaklah dibuat secara online di http://epinjaman.perak.gov.my;
  • Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak sebelum tarikh tutup permohonan pinjaman;
  • Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dicetak dan dihantar ke pihak pentadbiran setelah pelajar berjaya ditawarkan pinjaman:

  • Aras 3, Bahagian Khidmat Pengurusan
    Bangunan Perak Darul Ridzuan
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
    30000 Ipoh Perak.
    No. Tel: 05-5221957
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan kepada halimatul@perak.gov.my.


Sumber: ePinjaman Pengajian Tinggi Anak-anak Negeri Perak

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darulnaim 2013

Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darulnaim 2013 ditawarkan kepada warganegara Malaysia peranakan Kelantan yang berkelayakan untuk memohon pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama / Diploma di Universiti tempatan (IPTA sahaja) dan peringkat Diploma di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Diploma / Ijazah di UniSZA (kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah) serta Diploma dan Sijil di Politeknik Kementerian Pelajaran sahaja.

Tarikh tutup: 31 Julai 2013 (Sijil dan Diploma), 30 September 2013 (Ijazah Pertama)
Permohonan Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darulnaim 2013 | Study Loan

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan;
  • Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan (IPTA sahaja);
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu;
  • Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain tidak layak memohon.
Cara Memohon:
  • Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM2.00 secara tunai;
  • Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulan Wang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos RM2.00;
  • Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut:

  • Pengarah
    Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN)
    Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
    Jalan Gajah MAti
    15000 Kota Bharu, KELANTAN
    Tel : 09-7483213 / 7446127

  • Permohonan yang lengkap bagi Kursus Peringkat Sijil Dan Diploma hendaklah diserahkan sebelum @ pada 31.07.2013, manakala permohonan lengkap bagi Kursus Ijazah Sarjana Muda pula hendaklah diserahkan sebelum @ pada 30.09.2013;
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas tidak akan dilayan.
Hanya pemohon-pemohon yang berjaya sahaja akan diberitahu.


Sumber: Yayasan Kelantan Darulnaim

Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan 2013/2014

Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan 2013/2014 ini ditawarkan kepada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut bagi program PhD, Sarjana (Master), Ijazah Sarjana Muda dan Diploma:
Tarikh tutup: 1 Jun – 31 Jul / 1 Nov – 31 Dis (Diploma)
Tarikh tutup: 1 Sep – 30 Okt / 1 Feb – 31 Mac (Ijazah Pertama, Sarjana, PhD)
Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan untuk Peringkat Pengajian Ph.D, Master, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma | Scholarships

Syarat Kelayakan:
  • Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anak Negeri Sembilan; ATAU
  • Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan; ATAU
  • Salah seorang daripada ibu/bapa telah menetap tidak kurang dari lapan (8) tahun berterusan di Negeri Sembilan. (Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan / Ketua Kampung / Penghulu / JKKK / Wakil Rakyat kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan);
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM6,000.00.
Cara Memohon:
  • Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan yang juga boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri Sembilan dan melalui dari laman web www.yns.gov.my;
  • Borang permohonan hanya akan diberi kepada pemohon yang telah ditawarkan tempat masuk ke IPTA secara sepenuh masa dengan mengemukakan salinan surat tawaran yang telah disahkan;
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses;
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN
YAYASAN NEGERI SEMBILAN

Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-7628046 | Faks: 06-7631420



Sumber: Laman Web Rasmi Yayasan Negeri Sembilan

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat 2013

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat 2013 ditawarkan bagi peringkat pengajian doktor falsafah (Ph.D), Sarjana (Master), Profesional, Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran kepada rakyat Malaysia yang miskin tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian sepenuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam / Swasta (IPTA / IPTS) dan Institut Latihan Awam / Swasta (ILA / ILS) di dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

PPBU Yayasan Bank Rakyat 2013 ditawarkan kepada pemohon yang mendapat tempat dan sedang mengikut pengajian di tahun pertama di IPTA / IPTS di dalam negara yang diiktiraf oleh kementerian yang berkaitan dengan pengajian tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan juga ILA / ILS.

* Berikut merupakan bidang pengajian yang diberi keutamaan:
  • Perakaunan;
  • Perbankan;
  • Pengurusan Perniagaan;
  • Sumber Manusia;
  • Ekonomi;
  • Komunikasi Media;
  • Undang-undang;
  • Sains Aktuari.
* PHD, Sarjana, Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.
* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK dan Sijil Kemahiran lain yang diiktiraf oleh Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan.

Tarikh tutup: 30 September 2013
Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat 2013 | Study Loans

Syarat Kelayakan:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak kurang daripada 18 tahun semasa membuat permohonan dan semasa menerima tawaran;
  • Umur tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian;
  • Tidak muflis;
  • Telah disahkan mendapat tempat pengajian / latihan secara sepenuh masa di IPTA / IPTS / ILA / ILS;
  • Terbuka kepada pelajar tahun pertama pengajian;
  • Pelajar yang memohon hendaklah mempunyai akaun simpanan di Bank Rakyat;
  • Mengikuti pengajian dalam semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) / Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) / Badan Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan dipersetujui oleh Lembaga Pemegang Amanah YBR.
Syarat Kelayakan Akademik:
  • Peringkat Ph.D, pemohon perlu mempunyai PNGK 3.0 ke atas di peringkat Sarjana (master);
  • Peringkat Sarjana, pemohon perlu mendapat PNGK 3.0 ke atas di peringkat Ijazah Sarjana Muda;
  • Peringkat Ijazah Pertama, pemohon perlu berkelulusan:
    • PNGK 3.0 ke atas di peringkat Diploma / STPM, ATAU
    • STAM yang setara dengan STPM, ATAU
    • Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.
  • Peringkat Diploma, pemohon berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 5A dan 4B(tiada gred C dan ke atas);
  • Pemohon yang mengikuti latihan Sijil Kemahiran:
    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduki tahap 2, ATAU
    • Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM.
Cara Memohon:
  • Permohonan Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat 2013 hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan www.yayasanbankrakyat.com.my;
  • Sebelum membuat permohonan, pemohon dikehendaki mendapat tawaran kemasukan IPTA / IPTS terlebih dahulu;
  • Pemohon dikehendaki mendaftar akaun portal di Laman Web Yayasan Bank Rakyat bagi mengisi borang permohonan di E-borang;
  • Selepas pengisian E-borang, pemohon diminta mencetak dokumen sebagai simpanan peribadi;
  • Selepas tarikh permohonan ditutup, pemohon dikehendaki menjawab kuiz (pengetahuan am);
  • Pemohon yang berjaya mendapat tajaan akan dimaklumkan melalui Laman Web Yayasan Bank Rakyat dan juga surat tawaran melalui pos.
Semoga berjaya :)


Sumber: Yayasan Bank Rakyat

Pinjaman Pendidikan FMM Tunku Tan Sri Mohamed

Skim Pinjaman Pendidikan FMM Tunku Tan Sri Mohamed ditawarkan oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (Federation of Malaysian Manufacturers) kepada pelajar Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tempatan terpilih.

Pinjaman pendidikan tanpa faedah ini tidak terhad untuk pelajar tahun pertama sahaja. Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan semasa pertengahan kursus juga layak untuk memohon pinjaman pendidikan ini.

Bantuan pendidikan ini ditawarkan untuk pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama dalam bidang-bidang berikut:
  • Kejuruteraan;
  • Sains
  • Sistem Pengurusan Maklumat (MIS);
  • Ekonomi dan Pengajian Perniagaan;
  • Pengurusan dan Perakaunan.
Tarikh tutup: 31 Mei 2013
Tawaran Skim Pinjaman Pendidikan FMM Tunku Tan Sri Mohamed | Study Loan
Syarat Kelayakan:
Untuk layak memohon Skim Pinjaman Pendidikan FMM Tunku Tan Sri Mohamed, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:
  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Pemohon merupakan pelajar sepenuh masa yang diterima masuk dan mendaftar di universiti / kolej / institusi pengajian yang lebih tinggi;
  • Pemohon mesti menunjukkan surat penerimaan daripada universiti / kolej / institusi pengajian yang berkenaan;
  • Tidak menerima sebarang biasiswa atau dermasiswa daripada mana-mana organisasi;
  • Benar-benar memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian;
  • Mempunyai rekod pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang baik.
Cara Memohon:
  • Pemohon hendaklah memuat turun borang permohonan Skim Pinjaman Pendidikan FMM Tunku Tan Sri Mohamed;
  • Borang permohonan yang telah dilengkapkan dan semua dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada:

  • FMM Tunku Tan Sri Mohamed Study Loan Committee,
    Federation of Malaysian Manufacturers (FMM)
    Wisma FMM, No. 3, Persiaran Dagang,
    PJU 9, Bandar Sri Damansara,
    52200 KUALA LUMPUR

  • Semua borang, dokumen dan foto yang dihantar akan menjadi hak milik FMM dan tidak akan dikembalikan;
  • Semua borang dan dokumen berkenaan hendaklah sampai kepada pihak FMM selewat-lewatnya pada 31 Mei 2013.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubug dengan Cik Han Mong Ying (hanmy@fmm.org.my) atau Puan Nor Iza (iza@gslmy.org) di talian 03-62867200, atau nombor faks 03-62761042.


Sumber: Laman Biasiswa FMM (http://www.fmm.org.my)

Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2013

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2013 ditawarkan kepada pelajar warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapanya dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di institusi pengajian tinggi tempatan.

Bagi program Diploma, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  • Sains Komputer
  • Kejuruteraan
  • Kesihatan dan Perusahaan Ternak
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA)
Manakala bagi bidang pengajian yang ditawarkan di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah seperti berikut:
Perubatan Pertanian
Pergigian Pengurusan Ladang
Perubatan Veterinar Performing Arts
Farmasi Muzik
Sains Tulen (Biologi/Kimia/Fizik) Pengurusan Pelancongan
Kejuruteraan Pentadbiran Perniagaan
Ukur Bahan Teknologi Industri
Seni Bina (Architectural) Perakaunan
Sains dan Teknologi Makanan Ekonomi
Sains Bio Teknologi Sains Komputer
Akuakultur Psikologi
Sains Biologi Marin TESL (Teaching English as a Second Language)
Sains Alam Sekitar Matematik
Perikanan Pengajian Islam
Perhutanan Teknologi Maklumat
Undang-undang -

Tarikh tutup: 14 Mei 2013
Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2013 untuk peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi tempatan.
Syarat Kelayakan:
Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut untuk layak membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2013:
  • Bagi peringkat Diploma, umur pemohon hendaklah tidak melebihi 20 tahun, manakala usia pemohon untuk peingkat Ijazah Sarjana Muda hendaklah tidak melebihi 25 tahun;
  • Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan matapelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Lulus dengan kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris untuk Universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Penghantar;
  • Lulus Sijil STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya Gred B dalam empat (4) matapelajaran berkaitan dengan bidang kursus yang hendak diikuti. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan setaraf;
  • Berkelulusan Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00;
  • Lulus Foundation / Alpha dengan mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50;
  • Pelajar yang sedang belajar di IPT perlu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.00.
Cara Memohon:
  • Semua Permohonan BKNS 2013 hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Sistem Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah di www.biasiswa.sabah.gov.my;
  • Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing;
  • Bagi daerah-daerah berikut yang berkemungkinan menghadapi kesukaran akses kepada online, borang permohonan ada disediakan di lokasi berikut:
    • Pejabat Daerah: Kinabatangan, Tongod dan Pitas.
    • Pejabat Daerah Kecil: Matunggong, Pagalungan, Sook, Tungku, Banggi, Kemabong, Paitan dan Telupid.
    • Perpustakaan: Nabawan, Beluran, Kota Marudu dan Ranau.
  • Borang permohonan yang lengkap diisi dan berserta salinan-salinan kad pengenalan, sijil kelulusan akademik dan lain-lain yang telah disahkan benar hendaklah dikemukakan kepada:

  • Bahagian Biasiswa dan Latihan,
    Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri,
    Tingkat 3, Wisma Perindustrian,
    Jalan Istiadat, Likas,
    Beg Berkunci No. 2076,
    88999 KOTA KINABALU, SABAH
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan BKNS 2013, sila hubungi alamat di atas atau melalui talian 088-260161 atau emelkan kepada biasiswa.jpan@sabah.gov.my.

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan permohonan boleh disemak secara online.

Kursus-kursus Matrikulasi / Asasi / Foundation tidak ditaja.

Sila hantar surat tawaran kemasukan IPT ke pejabat ini dengan kadar segera jika sudah menerima tawaran tersebut.

Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.


Biasiswa Kolej Laila Taib untuk Intake April 2013

Biasiswa Kolej Laila Taib (KLT Scholarship) terbuka kepada semua pelajar di Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan program yang ditawarkan secara first-come-first-serve. Ini adalah untuk memberi akses yang lebih meluas kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka dalam bidang pendidikan tinggi, terutamanya dalam program-program teknikal.

Tawaran Biasiswa KLT meliputi yuran pengajian bagi SEMUA program Diploma di KLT. Pelajar berpeluang merealisasikan potensi sebenar mereka dan laluan kerjaya tanpa beban kewangan. Oleh itu, KLT menggalakkan semua pelajar untuk mengambil cabaran itu dan meneruskan pengajian tinggi mereka kerana ia adalah kunci kepada kejayaan dalam era globalisasi dan moderniasasi.

Tarikh tutup: April 2013.
Tawaran Biasiswa Kolej Laila Taib untuk Program Teknikal | Scholarship
Syarat Kelayakan:
Pemohon Biasiswa Kolej Laila Taib mestilah memenuhi syarat kelayakan untuk program-program yang berkenaan:
  • Diploma Pengurusan Perniagaan: 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Bahasa Inggeris;
  • Diploma Senibina: 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Matematik dan satu subjek berasaskan sains;
  • Diploma Kejuruteraan Sivil: 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Matematik dan satu subjek berasaskan sains;
  • Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik: 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Matematik dan satu subjek berasaskan sains;
  • Diploma Ukur Bahan: 5 kredit dalam SPM termasuk subjek Matematik;
Cara Permohonan:
  • Pastikan pemohon memenuhi syarat kelayakan akademik untuk program akademik yang ingin dipohon. Pemohon digalakkan menghubungi pihak KLT untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang maklumat program;
  • Muat turun borang permohonan Biasiswa Kolej Laila Taib dan isi dengan lengkap dan betul;
  • Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta lampiran dokumen yang berkaitan ke alamat berikut:
  • The Registry,
    Kolej Laila Taib (KLT),
    323, Persiaran Brooke,
    96000 Sibu,
    Sarawak

    No Tel: 084-311 888 | No Faks: 084-319 888
Sila maklum bahawa borang permohonan yang tidak lengkap diisi dan tiada lampiran dokumen yang berkenaan akan ditolak. Pihak KLT juga berhak untuk menerima atau menolak permohonan mengikut budi bicara.


Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan institusi dan program pengajian, sila layari laman sesawang Kolej Laila Taib.


Tawaran Biasiswa Yayasan Telekom (YM) 2013 Dalam dan Luar Negara

Tawaran Biasiswa Yayasan Telekom (YM) 2013 untuk peringkat pengajian tinggi di dalam dan luar negara kini dibuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia yang berjaya memperolehi kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai personaliti yang baik dan aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.

Biasiswa oleh Yayasan TM ini merangkumi pembiayaan untuk bidang / kursus seperti berikut:
  • Kejuruteraan Perhubungan, Elektronik dan Elektrik
  • Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Perisian
  • Pengurusan dan Perakaunan
Tarikh tutup: 30 Mac 2013
Tawaran Biasiswa Yayasan Telekom (YM) 2013 untuk Pengajian Dalam dan Luar Negara.
Syarat Kelayakan:
Pengajian Dalam Negara
1. Peringkat Pra-Universiti di Universiti Multimedia
  • Terbuka kepada calon lepasan SPM 2012 sahaja.
  • Memperolehi minima A dalam mana-mana 4 subjek wajib berkaitan kursus.
2. Peringkat Diploma di Universiti Multimedia (MMU) dan Kolej Multimedia (MMC)
  • Terbuka kepada calon lepasan SPM 2012 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun satu peringkat Diploma.
  • Memperolehi minima B dalam 5 subjek wajib berkaitan kursus atau minima CGPA 3.00.
3. Peringkat ljazah Pertama di Universiti Multimedia (MMU), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  • Kelulusan cemerlang di peringkat Matrikulasi/STPM/Diploma atau kelayakan yang setaraf.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.3.
Daftar Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom 2013 Dalam Negara
Pengajian Luar Negara
1. Peringkat Pra-Universiti
  • Terbuka kepada lepasan SPM 2012.
  • Memperolehi A dalam 8 subjek termasuk 5 subjek wajib berkaitan kursus.
2. Peringkat Ijazah Pertama
  • Kelulusan cemerlang di peringkat A-Level, Matrikulasi atau kelayakan yang setaraf.
Daftar Permohonan Biasiswa Yayasan Telekom 2013 Dalam Negara
Perhatian: Sila gunakan keputusan CGPA yang terkini sekiranya keputusan akhir masih belum di perolehi. Rujuk syarat dan kelayakan lanjut di sini.

Cara Memohon:
  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman sesawang Yayasan TM. Lihat Panduan mengisi borang Permohonan Biasiswa Dalam Talian 2013.
  • Calon lepasan SPM hanya boleh memohon selepas keputusan diumumkan.
  • Nombor Rujukan akan di hantar ke emel anda sebaik sahaja anda melengkapkan permohonan dan menekan butang "Teruskan" pada bahagian Maklumat Pemohon. Sila semak e-mail anda.
  • Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi pegawai yang berikut:

  • Bahagian Penajaan:
    1. Khairul Izam Kamsiran (03-2240 1582)
    2. Norliana Yunos (03-2240 0635)
    3. Ihsan Said (03-2240 1594)
    4. Mohd Rozaimi Ariff Arshad (03-2240 0661)


Tawaran Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia 2013

Tawaran Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia 2013

Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia (ALAM) 2013 mempelawa semua pelajar lepasan SPM 2012 yang berkelayakan untuk memohon biasiswa kadet dalam bidang Diploma in Nautical Studies dan Diploma in Marine Engineering.

Tawaran Program:
1. Navigating Officer Cadet (Diploma in Nautical Studies)
2. Marine Engineer Officer Cadet (Diploma in Marine Engineering)

Tarikh tutup: 5 April 2013.
Tawaran Biasiswa Kadet Akademi Laut Malaysia 2013
Syarat Kelayakan:
  • Permohonan hendaklah menggunakan keputusan SPM 2012 yang sebenar;
  • Lelaki atau wanita (bujang) yang berusia tidak lebih daripada 25 tahun pada 31 Disember 2013;
  • Keputusan SPM minimum ‘C’ atau dengan kredit dalam 5 subjek termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
  • Matematik Tambahan dan Fizik (Matematik Tambahan wajib untuk Marine Engineer Officer Cadet dan merupakan satu kelebihan buat Navigating Officer Cadet);
  • Sihat dari segi mental, fizikal dan perubatan;
  • Lelaki: Tinggi minimum 158cm dan berat 48kg (BMI: 18.5 – 24.9);
  • Wanita: Tinggi minimum 155cm dan berat 42kg (BMI: 18.5 – 24.9);
  • Tidak buta warna;
  • Penglihatan yang baik tanpa bantuan penglihatan bagi Navigating Officer Cadet;
  • Bantuan Penglihatan sekadar 200 bagi Marine Engineer Officer Cadet.
Cara Memohon:
Borang Permohonan
Contoh Soalan untuk Ujian Kemasukan
Soalan Yang Sering Ditanya (FAQ)



Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2013

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2013 bagi peringkat ijazah Sarjana Muda.

Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2013 yang berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang akan atau sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pelajar lepasan STPM / Asas / Matrikulasi / Diploma yang tamat minimum PNGK 3.75 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara yang mencapai minimum PNGK 3.75 dan masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
  • Sekurang-kurangnya Kepujian Tertinggi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  • Memiliki kualiti kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang aktif dalam kokurikulum (terutama di peringkat luar sekolah /universiti).
Tarikh tutup: 29 Mac 2013

Kadar Biasiswa: Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:
  • Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh universiti.
  • Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.
  • Elaun Buku bernilai RM500 / semester.
  • Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amali / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).
  • Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah & Sarawak dan pelajar Sabah & Sarawak yang belajar di Semenanjung).
Cara Memohon:
  • Borang Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman boleh dimuat turun daripada laman web Yayasan Tunku Abdul Rahman di www.yayasantar.org.my
  • Semua permohonan daripada pemohon yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di IPT tempatan dalam negara mesti mendapat ulasan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi program pemerhatian dan temuduga.

Pemohon yang tidak dihubungi selepas 3 bulan dianggap tidak berjaya.


Sumber: Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi

Tawaran Biasiswa Pendidikan The Star 2013

Biasiswa Pendidikan The Star 2013 kini dibuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih.

Biasiswa yang telah diasaskan pada tahun 1994 dengan nama The Star Education Fund ini bermatlamat untuk menyediakan peluang pendidikan kepada belia Malaysia yang layak dan memerlukan bantuan pendidikan dalam usaha The Star membangunkan masyarakat berpengetahuan.




Tarikh tutup: 5 April 2013
Tawaran Biasiswa The Star 2013 oleh The Star Education Fund

Syarat Kelayakan:
  • Warganegara Malaysia yang berusia tidak lebih daripada 25 tahun pada 1 Januari 2013;
  • Cemerlang dalam aktiviti ko-kurikulum dan aktif dalam sukan;
  • Tidak terikat atau menerima sebarang bantuan kewangan daripada institusi pendidikan atau organisasi lain;
  • Bagi permohonan untuk peringkat Asasi / Diploma, pemohon mestilah mempunyai keputusan yang baik dalam SPM / UEC atau setaraf;
  • Manakala bagi permohonan di peringkat Diploma Lanjutan / Ijazah, pemohon mestilah mempunyai keputusan yang baik dalam STPM / A-Level / UEC atau setaraf.
Cara Memohon:
  • Muat turun borang permohonan Biasiswa Pendidikan The Star 2013 atau hantarkan sampul surat (25cm x 30cm berstem 60 sen) beralamat sendiri ke alamat berikut:

  • Manager
    The Star Education Fund
    c/o Star Publications (M) Bhd
    Menara Star
    15 Jalan 16/11 Section 16
    46350 Petaling Jaya Selangor


  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen berkaitan hendaklah dihantar ke alamat di atas;
  • Borang permohonan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada 5 April 2013. Permohonan yang lewat daripada tarikh tersebut tidak akan dilayan.
Untuk maklumat lanjut mengenai senarai program dan universiti terpilih, sila layari laman sesawang Biasiswa Pendidikan The Star 2013.


Dana Pendidikan Karangkraf Untuk Diploma dan Ijazah Pertama

Dana Pendidikan Karangkraf bersedia membantu merealisasikan impian pelajar yang berkelayakan tetapi kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan juga Ijazah. Pihak Karangkraf mengalu-alukan permohonan bagi pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi terpilih di bawah tajaan mereka.

Biasiswa Karangkraf ini merupakan satu pendekatan pihak swasta dalam membantu dan bersama-sama dengan masyarakat bagi menjalankan tanggungjawab sosial (CSR). Pihak Karangkaf akan membayar semua amaun yuran pengajian pelajar termasuk yuran pendaftaran, yuran pengajian dan yuran semester seperti yang terkandung dalam struktur yuran institusi. Bagi elaun sara hidup, buku dan penginapan tidak ditanggung oleh pihak Karangkraf.

Tarikh tutup: Sepanjang tahun - tiada tarikh tutup.
Biasiswa Dana Pendidikan Karangkraf Sepanjang Tahun

Syarat Kelayakan:
Syarat-syarat permohonan mestilah mengikut polisi dan peraturan yang telah ditetapkan dan diwajibkan:
  • Terbuka kepada Rakyat Malaysia yang berumur kurang daripada 25 tahun;
  • Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM (minimum 8 kepujian), STPM (PNGK sekurang-kurangnya 3.5) atau kelayakan sama taraf dengannya;
  • Fasih dan boleh menulis dengan baik di dalam Bahasa Inggeris;
  • Bersedia untuk berkhidmat dengan Kumpulan Karangkraf selepas tamat tempoh pengajian (jika diarahkan);
  • Aktif di dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum di sekolah;
  • Bersedia untuk memasuki kursus yang ditawarkan;
  • Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana pendidikan atau pinjaman pendidikan (melainkan yang dibenarkan oleh pihak Karangkraf).
Cara Permohonan:
  • Borang permohonan Biasiswa Dana Pendidikan Karangkraf boleh dimuat turun melalui pautan di bawah atau hantar permohonan Biasiswa Karangkraf Online:
  • Borang permohonan juga boleh didapatkan daripada Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf (SDPK).
  • Pastikan borang diisi dengan jelas dan terang. Segala dokumen dan salinan-salinan sijil yang diperlukan bagi menyokong permohonan ini hendaklah diakui sah.
  • Pihak Sekretariat Dana Pendidikan Karangkraf berhak untuk menolak permohonan jika tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Keputusan adalah muktamad.
  • Permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan yang diperlukan hendaklah di hantar kepada alamat berikut:
  • Sekretariat Biasiswa Karangkraf
    Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
    Lot 25, Premis No 1, Jalan Renggam 15/5
    Off Persiaran Selangor, 40200 Shah Alam
    Selangor Darul Ehsan
Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada Institusi Pengajian Tinggi terpilih.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan institusi dan program pengajian, sila layari laman sesawang Dana Pendidikan Karangkraf.

* Tertakluk kepada Perjanjian Dana Pendidikan Karangkraf


Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2013

Permohonan pinjaman pelajaran MARA sesi 2013 telah dibuka bagi peringkat pengajian Diploma dan Ijazah Pertama untuk mereka yang sedang belajar di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih melalui sistem eEduLoan MARA mulai Februari 2013.

Sistem Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA eEduLoan 2013 hanya terbuka kepada pengguna yang berdaftar sahaja. Pengguna perlu mendaftar dengan menggunakan skrin yang disediakan.

Permohonan boleh dibuat secara talian di http://eduloan.mara.gov.my.
Sila rujuk Garis Panduan Permohonan sebelum mengisi borang.
Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2013

Sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2013 ini boleh dikemukan mana-mana Pejabat MARA Negeri atau kepada:

Bahagian Penganjuran Pelajaran,
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur

Telefon: 03-26132015/ 03-26132016
Faks: 03-26915854


Sumber: eEDULOAN MARA 2013

Biasiswa Maybank 2013 Dalam dan Luar Negara

Maybank Scholarship Scheme 2013

Sejak penubuhan anugerah Biasiswa Maybank pada tahun 1972, Maybank telah menaja lebih daripada 1,000 pelajar serta menyediakan pelbagai peluang pekerjaan untuk mereka. Anugerah Biasiswa Maybank menggabungkan falsafah tanggungjawab sosial korporatnya iaitu ‘Berkembang dengan Tanggungjawab (Growing with Responsibility)’, membantu mereka yang cemerlang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan meneruskan kerjaya dengan kumpulan perkhidmatan kewangan terbesar negara. Program Biasiswa Maybank 2013 Dalam dan Luar Negara ini bukan sahaja menyokong pengajian lanjutan anda malahan turut menawarkan satu perjalanan yang penuh dengan berbagai peluang pembelajaran.

Tarikh tutup: 31 Mac 2013
Logo Biasiswa Maybank Scholarship 2013 Local Oversea Dalam Luar Negara

Syarat Kelayakan:
  • Mendapat sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan SPM atau setaraf;
  • Jumlah pendapatan isi rumah tahunan tidak melebihi daripada RM120,000;
  • Pengalaman kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum;
  • Individu yang bertenaga dan mencari kerjaya yang mencabar dan mendapat ganjaran selepas tamat pengajian;
  • Pemohon mestilah tidak menerima biasiswa dan bantuan kewangan daripada mana-mana organisasi atau yayasan lain.
Jenis Biasiswa:
  • Biasiswa penuh daripada peringkat pengajian Pra-Universiti/Asasi sehinggalah ke tahap ijazah di institusi pendidikan dalam dan luar negara (yuran pengajian, komputer riba, penginapan dan elaun sara hidup);
  • Program Persediaan Kerjaya (latihan kerjaya, tugasan perniagaan, program-program Impak Pembentangan dan Komunikasi Berkesan);
  • Peluang pekerjaan dengan Maybank setelah tamat pengajian.
Bidang Terpilih:

Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Sistem Maklumat, Matematik, Syariah, Fiqh, Perundangan Syariah, Ekonomi Islam, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Perniagaan, Pengurusan Perniagaan, Perdagangan, Ekonomi, Pengurusan Sumber Manusia, Perhubungan Antarabangsa, Undang-undang, Psikologi Organisasi / Sosial, Jualan , Pemasaran, Statistik & Penyelidikan Operasi.

Muat turun borang permohonan Biasiswa MAYBANK 2013 Dalam dan Luar Negara di SINI.

Borang permohonan Biasiswa Maybank 2013 Dalam dan Luar Negara yang telah lengkap diisi hendaklah diemelkan ke scholarship@maybank.com.my atau dihantar ke alamat berikut:

Maybank Scholarship Award 2013
Resourcing Centre
Group Human Capital
44th Floor, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saluran di bawah:

Emel: scholarship@maybank.com.my
Facebook: www.facebook.com/maybank
No. Telefon: 03 – 2070 8833 Samb. 3967/6995/8564


Sumber: Skim Biasiswa Maybank 2013

Bantuan Kewangan Diploma Politeknik 2013 Yayasan Kuok Berhad

Yayasan Kuok Berhad mempelawa permohonan Bantuan Kewangan Diploma 2013 untuk warganegara Malaysia yang akan memohon atau sedang mengikuti kursus-kursus diploma sepenuh masa di Politeknik Singapura berikut:
  • Politeknik Nanyang
  • Politeknik Ngee Ann
  • Politeknik Republik
  • Politeknik Singapura
  • Politeknik Temasek


Jenis Bantuan:
Bantuan pinjaman penuh atau separuh pinjaman separuh geran pengajian. Bahagian pinjaman untuk bantuan pengajian adalah tanpa faedah dan dibayar melalui ansuran bulanan selepas tamat pengajian.
Bantuan Kewangan Pengajian Diploma 2013 Yayasan Kuok Berhad
Tarikh tutup: 28 Februari 2013

Nilai bantuan kewangan adalah sebanyak RM12,000 setahun.

Borang pemohonan boleh dimuat turun dari SINI atau didapati dari:

Yayasan Kuok Berhad (Politeknik Singapura)
Peti Surat 110, Tingkat 16 Menara UBN
No. 10, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
http://www.kuokfoundation.com/study_dc_appform2.html


Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah sampai di Yayasan atau Kaunselor Pelajar / Pendaftaran politeknik masing-masing pada atau sebelum 28 Februari 2013.

Hanya calon-calon yang terpilih akan dipanggil untuk sesi temuduga. Temuduga akan diadakan di pejabat Yayasan Kuok di Kuala Lumpur.


Sumber: Yayasan Kuok Berhad (dirujuk pada 12 Januari 2013)
DISCLAIMER: All data and information provided on this blog are for informational purposes only. While every reasonable effort is made to provide the readers with most accurate information, please use your discretion before taking any decision based on the information in this blog as we make no guarantees of any kind. In no event shall the ScholarshipMalaysia.blogspot.com or/and its author be responsible or liable, directly or indirectly, for any damage or loss caused or alleged to be caused by or in connection with the use of or reliance on any such content, goods, or services available on or through any such site or resource. All information are provided on an as-is basis.

Top