19 Julai 2013

Tawaran Biasiswa Khazanah Global 2103 untuk Ijazah Lanjutan merupakan satu anugerah berprestij yang menawarkan peluang untuk rakyat Malaysia yang berprestasi tinggi dan cemerlang untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun.

Di samping itu, penerima Biasiswa Khazanah Global turut disediakan dengan latihan kepimpinan di organisasi terkemuka di Malaysia. Tempoh biasiswa adalah untuk sepanjang tempoh pengajian seperti yang dinyatakan dalam tawaran kemasukan, tertakluk kepada terma dan syarat Yayasan Khazanah.

Tarikh tutup: 21 Julai 2013
Biasiswa Khazanah Global untuk Peringkat Master dan Ph.D | Scholarship

Syarat Kelayakan:
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, sosial atau kesukarelawanan;
  • Satu kenyataan peribadi diperlukan (Tajuk: Mengapa Biasiswa Khazanah Nasional adalah untuk anda dan bagaimana anda boleh menyumbang kepada amalan tadbir urus yang baik dan pembangunan kepimpinan Malaysia);
  • Satu garis panduan penyelidikan / ringkasan tesis dikehendaki (kecuali pengajian Sarjana secara Kerja Kursus);
  • Pemohon mestilah mempunyai rekod pencapaian akademik yang konsisten dan cemerlang seperti berikut:
    • Sarjana / Master:
      • Mendapat sekurang-kurangnya Kelas Kedua (Atas) dengan Kepujian dalam Ijazah Sarjana Muda atau PNGK 3.50 jika menggunakan sistem mata;
      • Mendapat kemasukan untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti terpilih (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan);
      • Tidak melebihi umur 40 tahun pada tarikh kemasukan untuk program Master.
    • Ph.D:
      • Mendapat keputusan cemerlang atau gred purata 'A' atau setaraf (minimum PNGK 3.50 jika menggunakan sistem mata) di peringkat Sarjana;
      • Mendapat kemasukan atau sedang mengikuti pengajian di universiti-universiti terpilih (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan);
      • Tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Kedoktoran.

Cara Memohon:
Jika pemohon menghadapi masalah dalam menghantar permohonan secara online, sila hubungi 03-2034 4768, 03-2034 0427 atau 03-2034 4783.

Yayasan Khazanah
Level 33, Tower 2, Petronas Twin Towers
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Malaysia



Sumber: Yayasan KHAZANAH

Tentang Kami

Scholarship Malaysia

Maklumat tentang Biasiswa Khazanah Global (Master dan PhD) 2013 ini dikongsikan oleh Putra Kembara. Langgani Tawaran Biasiswa Terkini dan Dapatkan Maklumat Biasiswa Terbaru di Malaysia secara PERCUMA!

1 komen:

  1. Ada permohonan untuk sesi kedua?

    BalasPadam

 
My Ping in TotalPing.com